BANGKOK - Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, mencipta sejarah pada Sukan SEA 2025 apabila meraih pingat emas sambil memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali di Stadium Suphachalasai, di sini.
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim berkata, kejayaan Grace dengan lontaran melebihi 65 meter membuktikan potensi besar atlet berusia 25 tahun itu untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Beliau menegaskan MA akan membawa perkara itu ke perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) untuk merangka program khas bagi persiapan Grace menghadapi Sukan Asia 2026, Sukan Komanwel 2026, dan sasaran jangka panjang di Kejohanan Dunia 2027.
Karim turut mengumumkan imbuhan RM4,000 kepada Grace sebagai penghargaan atas pencapaiannya, selain menegaskan program latihan di China akan diteruskan untuk memberikan pendedahan kepada kejohanan bertaraf dunia.
Tambahnya, MA komited menyokong atlet lain dengan menghantar mereka ke kejohanan antarabangsa demi memecahkan rekod lebih awal pada Sukan Asia, Komanwel, atau Sukan SEA 2027.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back