KUCHING - Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 53 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sebuah rumah di Taman Hui Sing, di sini, pada 12 Disember lalu.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak dalam hantaran di Faceook rasmi Polis Daerah Kuching, tangkapan dilakukan sekitar jam 4.50 petang dan hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki 19 paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu seberat 14.40 gram, dengan nilai pasaran dianggarkan RM1,644.
Ujian saringan awal ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine selain semakan rekod jenayah mendapati lelaki berkenaan mempunyai empat rekod lampau.
Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tiga hari, bermula 14 hingga 16 Disember, bagi membantu siasatan lanjut.
Pihak polis menegaskan komitmen mereka dalam memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang, mengingatkan orang ramai bahawa dadah kekal sebagai musuh nombor satu negara.
Maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan melalui Hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.
Sumber: fb Polis Daerah Kuching
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back