MUKAH - Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak, apabila menghadiri Majlis Apresiasi TABIKA dan TASKA KEMAS 2025, pada Ahad 13 Disember.
Majlis berkenaan diadakan bagi menghargai pencapaian akademik, sosial dan sahsiah kanak-kanak serta usaha gigih para pendidik dan petugas KEMAS yang memainkan peranan penting sejak usia awal.
Dalam majlis itu, Dato Hanifah menyampaikan anugerah dan sijil penghargaan kepada 224 murid daripada 46 buah TABIKA dan TASKA KEMAS di sekitar Parlimen P213 Mukah.
Beliau menekankan kepentingan pendidikan awal dalam membina asas pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kanak-kanak, yang menjadi modal insan bagi pembangunan negeri Sarawak dan negara.
Dato’ Hanifah turut menyeru agar para pendidik terus berinovasi dan komited, manakala murid-murid digalakkan untuk terus menonjolkan potensi mereka dan cemerlang dalam pembelajaran sepanjang hayat.
Sumber: fb Hanifah Hajar Taib
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back