• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 December 2025 | 10:43 PM

Jonah Belum Puas Hati Walau Cipta Rekod Baharu Sukan Sea

BANGKOK - Pemenang pingat emas lontar peluru lelaki Sukan SEA 2025, Jonah Chang Rigan, mengakui perasaannya bercampur-baur walaupun memecahkan rekod temasya (18.78m) dan kebangsaan (18.46m) dalam penampilan cemerlangnya di Stadium Suphachalasai, malam ini.

Atlet berusia 22 tahun itu menyasarkan jarak 19 meter, namun kegagalan mencapainya bukan kerana kecergasan sebaliknya faktor teknikal yang masih perlu diperbaiki.

“Saya gembira dan sedih dalam masa yang sama… teknik saya sedikit teruk walaupun badan sihat,” kata Jonah selepas final.

Kejayaan Jonah menewaskan atlet tuan rumah Silamool Thongchai (perak, 16.80m) dan William III Edward Morrison dari Filipina (gangsa) bukan sahaja memperbaiki pencapaian tempat keempatnya pada debut Sukan SEA di Kemboja dua tahun lalu, malah menamatkan kemarau emas lebih tiga dekad bagi Malaysia dalam acara lontar peluru lelaki.

Jonah kini menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi bagi menghadapi cabaran lebih besar, termasuk Sukan Asia 2026, dengan sasaran jarak sekitar 19.50m.

“Untuk tahun depan, saya perlu lebih fokus kepada latihan, semuanya perlu lebih serius,” tambahnya.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok