• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 December 2025 | 10:35 PM

Sarawak Rangka Semula Strategi Taman Industri, Tumpu Masa Depan dan Ekonomi Rendah Karbon

KUCHING - Sarawak bersedia merangka semula strategi pembangunan ekonomi dengan menumpukan kepada industri masa depan, teknologi tinggi dan ekonomi rendah karbon.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, langkah itu diinspirasikan oleh kejayaan Taman Perindustrian Suzhou di China, selepas lawatan kerja beliau ke bandar itu baru-baru ini, di mana perbincangan turut dijalankan bersama pihak berkuasa Suzhou mengenai potensi kerjasama strategik dengan kawasan perindustrian yang dicadangkan di Sarawak, dengan sokongan rakan kongsi strategik, China Jiangsu International Economic Technology Cooperation Group Ltd (CJI).

“Pendekatan pembangunan kawasan perindustrian masa depan mesti disesuaikan dengan keperluan era ekonomi baharu,” kata Abang Johari selepas lawatan ke ibu pejabat GCL Group di Suzhou.

Beliau menegaskan pembangunan akan berteraskan teknologi tinggi dan prinsip rendah karbon, dengan penggunaan sumber gas negeri sebagai tenaga bersih untuk menyokong industri rendah karbon.

Katanya, Sarawak turut mengenal pasti Tanjung Embang di Bahagian Samarahan, sebagai hab teknologi maju, khususnya dalam era kecerdasan buatan (AI), disokong oleh infrastruktur kukuh dan sumber tempatan.

Premier turut menekankan perancangan tersebut bukan sahaja untuk memenuhi pasaran negeri, malah ASEAN dengan kira-kira 800 juta penduduk, sekaligus membuka peluang ke pasaran antarabangsa.

Abang Johari menambah beliau akan mengadakan mesyuarat khas setibanya di Sarawak untuk membincangkan cadangan strategi pembangunan ini dengan lebih terperinci.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok