• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 December 2025 | 10:22 PM

Sukan Sea 2025: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah Hanya Selangkah Tuai Emas

BANGKOK - Pasangan juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu wanita pilihan utama Pearly Tan-M. Thinaah mara ke final Sukan SEA 2025 selepas menyingkirkan pencabar masing-masing dalam separuh akhir di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat, hari ini.

Dalam acara beregu lelaki, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan dengan mudah menewaskan pilihan keempat Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, 21-10, 21-12 dalam 33 minit dan bakal berdepan gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, di final.

Wooi Yik menegaskan fokus mereka kini untuk memburu emas kedua Sukan SEA, dengan tekad memberikan yang terbaik di gelanggang.

Sementara itu, Pearly-Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pilihan keempat Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum, 21-14, 19-21, 21-16 dalam perlawanan sengit selama 1 jam 18 minit.

Pearly menekankan mereka akan menumpukan kepada pemulihan bagi menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Malaysia dalam acara beregu wanita, manakala Thinaah berhasrat meninggalkan gelanggang tanpa penyesalan dalam penampilan pertama mereka di temasya dwitahunan itu.

Final beregu wanita esok menyaksikan Pearly-Thinaah menentang gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari, manakala final beregu lelaki mempertemukan Aaron-Wooi Yik dengan pasangan Indonesia.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok