BANGKOK - Hasrat Malaysia untuk meraih emas beregu campuran di Sukan SEA 2025 terbantut apabila pasangan utama Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas 15-21, 16-21 kepada pilihan keempat tuan rumah, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, dalam aksi separuh akhir di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat, hari ini.
Dalam perlawanan 44 minit itu, Tang Jie-Ee Wei gagal mengekalkan corak permainan mereka dan bergelut menahan tekanan daripada pasangan Thailand, sekali gus mencatat kekalahan pertama kepada lawan tersebut selepas menang dalam tiga pertemuan terdahulu.
Ee Wei mengakui mereka masih dalam proses belajar untuk menghadapi tekanan di peringkat tinggi walaupun bergelar juara dunia, manakala Tang Jie meluahkan kekecewaan atas peluang ke final yang terlepas.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back