• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 01:59 PM

AirBorneo Akan Lancar Laman Web dan Pusat Panggilan Rasmi, Mulai Jual Tiket Operasi MASwings

KUCHING - AirBorneo bakal melakar langkah baharu dalam industri penerbangan tempatan apabila melancarkan laman web dan pusat panggilan rasminya esok, 10 Disember, sebagai persiapan pengambilalihan operasi MASwings pada hujung bulan ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini menekankan, pelancaran tersebut adalah penting bagi memudahkan urusan pembelian tiket dan penyelarasan perjalanan penumpang.

Menurut kenyataan tersebut, mulai 10 Disember, penumpang yang ingin membeli tiket bagi perjalanan sehingga 13 Januari 2026 diminta menggunakan laman web MASwings di www.maswings.com.my, manakala perjalanan bermula 14 Januari 2026 boleh dibuat melalui laman web baharu AirBorneo di www.airborneo.com.

Katanya, pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui pusat panggilan AirBorneo di talian 1-300-22-1388 (bebas tol) atau +60 82-537 555 bagi panggilan antarabangsa.

AirBorneo menegaskan semua tiket dan tempahan MASwings sedia ada kekal sah tanpa sebarang perubahan masa atau tarikh penerbangan.

Bagi penumpang yang memegang tiket MASwings bermula 14 Januari 2026, mereka akan dihubungi secara individu untuk pengeluaran semula tiket di bawah AirBorneo.

Maklumat tambahan boleh diperoleh di laman web rasmi syarikat, dan pasukan khidmat pelanggan sedia membantu sebarang pertanyaan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok