BANGKOK - Malaysia melangkah ke final acara badminton berpasukan lelaki Sukan SEA 2025 selepas bangkit menewaskan Thailand 3-1 di Gimnasium 4, Universiti Thammasat, Pathum Thani pada Isnin, 9 Disember.
Beregu negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul wira dengan menundukkan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Pakkapon Teeraratsakul 21-14, 18-21, 21-17, sekaligus memastikan Malaysia mara ke final edisi kelima berturut-turut.
Meskipun permulaan negara agak goyah apabila perseorangan utama Leong Jun Hao tewas kepada juara dunia 2023, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyamakan kedudukan sebelum perseorangan kedua Justin Hoh meletakkan Malaysia di depan 2-1, membuka laluan kepada Wei Chong-Kai Wun untuk menutup perlawanan.
Malaysia kini berpeluang menebus kekalahan final 2023 apabila akan berdepan Indonesia yang mara selepas menewaskan Singapura 3-1 dalam separuh akhir lain.
Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di Bangkok dan Chonburi.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back