• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 12:49 PM

Banjir Melanda Bintulu, 56 Mangsa Dipindahkan ke PPS

BINTULU - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Suarah Bintulu pada 12.30 tengah malam bagi menempatkan 56 mangsa banjir daripada 14 ketua isi rumah selepas beberapa kawasan di Bintulu dilanda banjir malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Kampung Kemunting dan Rumah Roselind Suang, termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU), dua warga emas, 21 kanak-kanak dan lima bayi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pasukan operasi BBP Bintulu digerakkan ke lokasi pada jam 10.30 malam untuk memindahkan mangsa di Kampung Kemunting menggunakan lori Hicom, manakala mangsa di Rumah Roselind Suang dipindahkan menggunakan bot aluminium sebelum dihantar ke PPS.

Operasi tamat pada 2.45 pagi setelah keadaan disahkan terkawal, dan pihak berkuasa terus memantau kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok