MOLINEUX - Manchester United menghadapi detik cemas sebelum menewaskan Wolves 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Molineux, sekaligus melonjak ke kedudukan keenam liga.
Wolves terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Jean-Ricner Bellegarde selepas kesilapan David Moller Wolfe, namun United segera bangkit dengan jaringan Bryan Mbeumo hasil tolakkan Diogo Dalot, diikuti gol ketiga oleh Mason Mount selepas mengawal hantaran chip Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes menutup tirai kemenangan dengan sepakan penalti pada minit ke-82 selepas VAR mengesahkan handball Yerson Mosquera, menjadikan kemenangan ini yang terbesar United musim ini.
Keputusan tersebut menyelamatkan reputasi ketua jurulatih Ruben Amorim, manakala Wolves terus berada di tangga tercorot liga dengan hanya dua mata, menyamai rekod lapan kekalahan berturut-turut, dibayangi suasana protes peminat terhadap pemilik dan pengurusan kelab.
Sumber: BBC
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back