• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 12:24 PM

Tangkapan Positif Dadah di Meradong: 3 Suspek Ditahan Ops Tapis

MERADONG - Dua individu, seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun, ditahan oleh pasukan “Task Force” IPD Meradong dalam Ops Tapis di sebuah kampung di Bintangor pada 8 Disember kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Tansli Mering berkata, saringan ujian air kencing di pejabat BSJKD Meradong mengesahkan kedua-dua suspek positif amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang lagi suspek turut disahkan positif dadah.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, semakan rekod mendapati ketiga-tiga suspek tiada rekod jenayah atau dadah sebelum ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

DSp Tansli menegaskan pihak polis tidak berkompromi dengan jenayah dadah dan menggesa masyarakat menyalurkan maklumat mengenai kegiatan dadah di daerah itu ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok