• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 12:01 PM

Gempa 7.5 Magnitud di Jepun: 30 Cedera, Amaran Gempa Susulan Dikeluarkan

TOKYO - Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda timur laut Jepun pada Isnin malam, mencederakan 30 orang dan mencetuskan ombak tsunami setinggi 70 sentimeter di pantai Pasifik, menurut Agensi Berita Kyodo.

Gempa berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan di luar pantai wilayah Aomori pada kedalaman 54 kilometer dan mencatat intensiti enam daripada tujuh pada skala seismik Jepun, sehingga menyukarkan penduduk berdiri atau bergerak.

Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran kemungkinan gempa susulan dengan magnitud sama atau lebih besar dalam beberapa hari akan datang di kawasan Hokkaido, Aomori, Iwate dan Miyagi, serta menasihatkan orang ramai menstabilkan perabot dan bersedia untuk berpindah jika perlu.

Perdana Menteri Sanae Takaichi menekankan penduduk terus menjalankan aktiviti harian sambil mengekalkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang gegaran susulan.

Dalam pada itu amaran tsunami awal setinggi tiga meter telah diturunkan kepada nasihat keselamatan pada awal pagi Selasa, selepas gelombang tertinggi 70 sentimeter dicatatkan di Iwate.

Sumber: BERNAMA-KYODO 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok