KUALA LUMPUR - Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini susulan gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo terus memantau keadaan secara rapi.
Gempa berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 54 kilometer, kira-kira 80 kilometer di luar pantai wilayah Aomori, dan amaran tsunami yang dikeluarkan kini telah ditarik balik.
Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya berwaspada, menjauhi pesisir pantai, mematuhi arahan pihak berkuasa Jepun, dan mendaftarkan keberadaan mereka dengan kedutaan bagi memastikan bantuan konsular dapat disalurkan dengan segera.
Untuk bantuan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 (pertanyaan umum), +81-80-4322-3366 (kecemasan) atau e-mel consular.tyo@kln.gov.my.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back