TOKYO - Pakar gempa bumi Jepun menggesa orang ramai supaya kekal berwaspada susulan gempa kuat yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, yang mencetuskan tsunami di sepanjang pantai Pasifik.
Profesor Yoshihiro Hiramatsu dari Universiti Kanazawa menjelaskan gempa itu berlaku di bahagian plat tektonik yang belum pecah sejak gempa besar 9.0 pada 2011, berpotensi menimbulkan risiko gegaran lebih besar.
Beliau menegaskan pergerakan plat tersebut mungkin mengalihkan keseimbangan bawah tanah, membuka peluang untuk gempa susulan.
Profesor Takuya Nishimura dari Universiti Kyoto mengesahkan gegaran itu berpunca daripada zon subduksi di sempadan dua plat Pasifik, manakala Profesor Hiroaki Takahashi dari Universiti Hokkaido menekankan pentingnya kewaspadaan terhadap tsunami dan gegaran kuat untuk tempoh tertentu.
Pakar menekankan bahawa walaupun pusat gempa jauh di bawah permukaan, kedekatannya dengan daratan menyebabkan gegaran dirasai kuat oleh penduduk.
Sumber: BERNAMA-KYODO
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back