• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 11:13 AM

Kemalangan Maut Libatkan Lori dan Motokar di Jalan Pan Borneo Beluru Miri

MIRI - Seorang penumpang wanita berusia 71 tahun maut manakala pemandu motokar berusia 73 tahun hanya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan motokar di KM876, Jalan Pan Borneo, Beluru, pada Isnin 8 Disember, sekitar jam 1.15 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 51 tahun mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan sebelum dilanggar bahagian belakang sebelah kanan oleh motokar. Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecedersaan.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Mohd Faizul bin Ab. Rahim, di talian 014-8582582 / 085-430479 atau mana-mana balai polis berhampiran.

ACP Mohd Farhan Lee turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

Sumber: fb Polis Daerah Miri

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok