• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 10:46 AM

Operasi Bersepadu Kuching: 13 Ditahan, 108 Saman Dikeluarkan

KUCHING - Polis Daerah Kuching memperketat kawalan keselamatan bandar raya apabila melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Jenayah selama dua malam bermula 5 hingga 6 Disember lalu, membabitkan 36 anggota termasuk empat pegawai kanan dari pelbagai bahagian di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Operasi yang berlangsung dari jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi itu memberi tumpuan di kawasan Balai Polis Sentral, Padungan dan Sekama, dengan pemeriksaan terhadap 235 individu dan 191 kenderaan, selain 108 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan lalu lintas.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching turut melakukan dua tangkapan membabitkan dua suspek bagi kesalahan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (curi kenderaan) dan Seksyen 381 Kanun Keseksaan (mencuri dalam bangunan).

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik menjalankan Op Tapis Khas di sebuah pusat hiburan di Jalan Petanak, yang membawa kepada tangkapan 13 individu iaitu 10 lelaki dan tiga perempuan, di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas didapati positif dadah.

Bahagian Trafik pula memeriksa 105 kenderaan dan mengeluarkan 69 saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi tersebut.

Polis berkata, operasi bersepadu itu bertujuan menurunkan kadar jenayah, membanteras aktiviti jenayah, meningkatkan kehadiran polis di lapangan, serta mengesan individu dikehendaki dan kenderaan mencurigakan.

Usaha tersebut dilaksanakan melalui sekatan jalan raya (SJR), rondaan pencegahan jenayah serta pemeriksaan pusat hiburan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di sekitar bandaraya Kuching sentiasa terpelihara.

Sumber: fb Polis Daerah Kuching

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok