• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 05:15 AM

Wanita Ditahan di Saratok Susulan Penipuan Pegawai Awam Berjumlah RM249,800

SARATOK - Seorang wanita berusia 39 tahun dari Pasir Gudang, Johor, ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Saratok atas kes penipuan melibatkan seorang pegawai awam yang mengalami kerugian hampir RM250,000.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata mangsa, seorang guru berusia 30 tahun dari Sibu, menyedari dirinya ditipu selepas membuat sembilan transaksi pelaburan melalui aplikasi WhatsApp, yang dikaitkan dengan iklan Facebook mengenai pelaburan tidak wujud pada 17 November 2024 di Sarikei.

Beliau dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, mangsa hanya sempat mengeluarkan RM30,000, manakala baki wang sebanyak RM249,800 dipercayai lesap akibat penipuan itu.

Katanya, siasatan mendapati suspek adalah pemilik akaun bank yang digunakan untuk transaksi, dan menyerahkan kad serta nombor pin kepada pihak ketiga bagi tujuan pinjaman wang tanpa menyedari akaunnya digunakan untuk aktiviti penipuan.

Suspek dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Saratok pada 22 Disember 2025 bagi pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Polis menegaskan kes ini merupakan peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan mencurigakan dalam talian.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok