• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

09 December 2025 | 04:47 AM

Mahkamah Beijing Putuskan Kes Pampasan MH370, Setiap Kes Terima Lebih US$400,000

BEIJING - Mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, memberikan ganti rugi melebihi 2.9 juta yuan (kira-kira US$410,000) bagi setiap kes.

Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang mengarahkan defendan membayar pampasan kepada lapan keluarga yang terlibat dalam keputusan terkini, selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China, termasuk ganti rugi, kos pengebumian, tekanan emosi serta kerugian lain.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, dan sejak 2016, ahli keluarga 75 penumpang telah memfailkan 78 tuntutan mahkamah secara berperingkat, menuntut pampasan serta penubuhan dana mencari dan menyelamat, antara lain, terhadap Malaysia Airlines dan beberapa defendan lain.

Keputusan mahkamah Beijing ini menandakan perkembangan penting dalam usaha berterusan keluarga mangsa untuk mendapatkan keadilan dan pampasan susulan tragedi penerbangan yang mengejutkan dunia lebih satu dekad lalu.

Sumber: BERNAMA-XINHUA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok