• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 December 2025 | 08:36 PM

Program Literasi AI Selari Usaha Sarawak Mendepani Era Digital

KUCHING - Seramai 70 ahli SABERKAS Zon Selatan 1 menyertai Program Literasi Kecerdasan Buatan (AI) di CENTEXS Santubong hari ini.

Presiden SABERKAS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program itu selari dengan usaha kerajaan Sarawak mendepani dunia teknologi berasaskan AI.

Berucap pada majlis penangguhan program itu di CENTEXS Santubong hari ini, beliau menekankan bahawa AI hanyalah alat untuk membantu manusia dan tidak menggantikan kepintaran, pemikiran kritis, serta kreativiti manusia.

Dato Sri Abdul Karim turut memaklumkan pencapaian Sarawak dalam bidang teknologi global, termasuk pembangunan peranti penukar kuasa pertama berasaskan AI yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan, serta pelancaran model AI tempatan iaitu Deepsar yang mampu menterjemah bahasa tempatan secara automatik dan dijangka memberi manfaat besar kepada sektor pelancongan.

Beliau menegaskan bahawa Sarawak sedang membina ekonomi berasaskan AI sebagai pemangkin pembangunan negeri merentas pelbagai sektor, termasuk semikonduktor dan elektronik maju, melalui ‘Sarawak Semiconductor Roadmap 2030’.

Dato Sri Abdul Karim berharap semua peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dan berkongsi manfaatnya dengan orang lain, selari dengan matlamat kerajaan membudayakan penggunaan AI secara bertanggungjawab.

Ucapan Dato Sri Abdul Karim dibaca oleh Ketua Pegawai Akademik, Akademi Aeroangkasa, Digital dan Tenaga Hijau CENTEXS, Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok