• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

08 December 2025 | 08:33 PM

Program Literasi AI SABERKAS, Tingkat Kefahaman Belia Tentang Teknologi Masa Kini

KUCHING - Program Literasi Kecerdasan Buatan (AI) Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Zon Selatan 1 sekali lagi membuktikan komitmen organisasi itu dalam memberikan pendedahan awal kepada golongan muda mengenai teknologi yang kian mempengaruhi kehidupan masa kini.

Exco SABERKAS Sarawak, Awang Nashfarini Awang Sarbini berkata program berkenaan merupakan sebahagian daripada siri jelajah literasi AI di seluruh Sarawak meliputi Miri, Sibu, Betong dan Kuching, dengan tujuan memperluas pengetahuan AI dalam kalangan belia dan ahli SABERKAS.

Menurutnya, pendedahan kepada teknologi seperti AI dan Internet Benda (IoT) amat penting bagi mempersiapkan generasi muda menghadapi peluang kerjaya masa depan yang semakin dipacu oleh automasi serta inovasi teknologi.

Beliau menegaskan bahawa penguasaan AI sejajar dengan seruan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, agar belia berani menerokai bidang teknologi demi memastikan mereka kekal relevan dalam era digital.

Awang Nashfarini turut berharap ilmu dan pengalaman yang diperoleh melalui program itu dapat menjadi asas kukuh kepada peserta untuk terus melangkah jauh dalam dunia digital.

Beliau berucap demikian pada majlis penangguhan Program Literasi Kecerdasan Buatan (AI) SABERKAS yang berlangsung di CENTEXS Santubong, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok