TATAU - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam di Simpang RH Kiroh Anak Bali, semalam ditemukan meninggal dunia pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Daniel Jumau berusia 23 tahun.
Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melaporkan penemuan mangsa di dasar kolam pada kedalaman enam meter, jam 10.41 pagi.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back