KUCHING – Keindahan tekstil Borneo adalah cerminan keindahan masyarakatnya.
Demikian titah Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, semasa menyampaikan ucaptama Seminar Festival Tekstil Antarabangsa Borneo (BITF) 2025, hari ini.
Menurut baginda, warisan tekstil Borneo mempunyai keistimewaan tersendiri, dengan setiap suku memiliki motifnya yang unik.
Motif-motif tersebut mencerminkan pandangan dunia sesuatu suku, kepercayaan spiritual, serta hubungan mereka dengan alam dan dunia ghaib.
Titah baginda, tekstil bukan sekadar pakaian, tetapi juga merupakan objek suci, pelindung jiwa, pembawa doa, peta keturunan, dan simbol tatanan kosmik.
Sehubungan itu, motif-motif yang digunakan mengingatkan bahawa menenun bukan sekadar kraf, tetapi juga mencerminkan teologi, falsafah, dan peradaban.
Seni di Borneo bukan sekadar hiasan, tetapi bersifat spiritual, falsafah, dan terhubung secara mendalam dengan nilai moral setiap komuniti.
#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile
Back