KUCHING - Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menyifatkan Sarawak sebagai “rumah kedua” dan penduduknya seperti keluarga semasa merasmikan Seminar Borneo International Textile Festival (BiTF) 2025, di sini pada Isnin.
Baginda berkata, lawatannya bukan sekadar sebagai ahli keluarga diraja Pahang, tetapi sebagai pelajar yang ingin mempelajari warisan seni dan kraftangan unik Sarawak.
“Sarawak ibarat ‘perpustakaan’ kraftangan, dan saya hanyalah membuka halaman demi halaman dengan penuh penghargaan. Anda adalah guru saya,” ujar baginda.
Tengku Ampuan Pahang juga menghargai kerjasama Sarawak dalam mempromosikan keunikan budaya, seni dan kraftangan kedua-dua negeri, berharap hubungan erat ini terus menjadi jambatan persahabatan yang kukuh.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan serta tetamu kenamaan lain.
Sumber: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back