SAMARAHAN - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Samarahan menjalankan pemantauan berkala di beberapa kawasan berikutan hujan berlarutan sejak awal hari ini.
Antara kawasan yang dipantau termasuk Taman Samarindah, Kampung Sungai Empit, Kampung Pangkalan Kuap, Taman APT dan Muara Tuang Park, dengan operasi pemantauan dijalankan dari jam 9.20 hingga 10.42 pagi.
APM menasihati seluruh masyarakat agar sentiasa berwaspada terhadap keadaan persekitaran dan cuaca, serta menghubungi APM Samarahan di talian 082-672999 atau talian kecemasan 999 jika menghadapi sebarang kecemasan.
Sumber: fb APM Samarahan
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back