KANOWIT - Jalan masuk ke Rumah Lating ak Niggong di Nanga Sekerah, dinaiki air susulan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
Hasil rondaan dan pemantauan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit mendapati jalan masuk ke rumah panjang berkenaan serta kawasan sekitarnya dinaiki air dengan paras anggaran antara 1 hingga 3 kaki.
Komander Operasi memberitahu, trend paras air dilaporkan meningkat, namun keadaan masih terkawal setakat ini.
Tiada pemindahan penduduk dilakukan dan mereka masih berada di kediaman masing-masing.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back