SIBURAN - Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Sabtu di kawasan hutan Lorong 4, Kampung Simpok, Jalan Padawan, ditemui selamat hari ini.
Mangsa, Aron Rajak, 57 tahun dijumpai di sebuah kebun oleh penduduk Kampung Mundai dalam keadaan stabil tanpa sebarang kecederaan jam 9.54 pagi.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back