KOTA KINABALU - Seorang pelajar Tingkatan Dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau “bakakuk” ketika bermain bersama rakannya di Jalan Kem PPH, Keningau, pada Ahad, 7 Disember.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, insiden berlaku sekitar 8 pagi apabila suspek secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter ketika mengacah-acah senjata tersebut, tanpa menyedari ia masih berisi peluru.
Beliau berkata, mangsa yang bersembunyi di bawah kolong rumah rebah serta-merta, sebelum dibawa ke hospital dengan bantuan penduduk kampung, namun disahkan meninggal dunia pada 8.40 pagi.
Katanya, pemeriksaan mendapati 14 kesan tembakan di dada, lengan dan bahagian kaki mangsa.
Menurut Supt Yampil lagi, tiada saksi lain berada di lokasi ketika kejadian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back