DEBAK - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak terus menjalankan pemantauan rapi di beberapa kawasan yang dinaiki air hari ini susulan hujan berterusan sejak awal pagi dan fenomena kingtide yang menyebabkan air sungai lambat surut.
Menurut hantaran di Facebook rasmi APM Debak, pemerhatian berkala dilakukan bagi memastikan keadaan terkawal, selain memberi nasihat kepada penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca dan paras air.
APM turut menegaskan kepentingan kesiapsiagaan komuniti bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk sepanjang cuaca tidak menentu ketika ini.
Sumber: fb APM Debak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back