MIRI - Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah pacuan empat roda di Jalan Lutong-Kuala Baram, Miri, kira-kira jam 10 pagi Ahad, 7 Disember.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa, yang datang dari arah Lutong menuju ke Miri, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda berusia 53 tahun selamat.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Mohd Faizul di talian 014-8582582 / 085-430479 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu berhemah dan mematuhi peraturan lalu lintas.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back