PADAWAN – Seorang wanita berusia 57 tahun dilaporkan hilang di kawasan hutan Lorong 4, Kampung Simpok, Jalan Padawan semalam.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa, Aron Rajak, 57 tahun dan berbangsa Bidayuh, kali terakhir dilihat pada jam 7 malam memakai baju singlet hitam dan kain sarung.
Beliau dalam kenyataan hari ini memberitahu laporan kehilangan diterima daripada ahli keluarga pada jam 9.56 malam.
Polis kini giat menjalankan operasi mencari mangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back