KUCHING – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Pameran Tekstil Tradisional sempena Festival Tekstil Antarabangsa Borneo 2025 (BiTF 2025) di Muzium Budaya Borneo, hari ini.
Baginda diiringi anakanda, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, dan disambut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama barisan kenamaan lain.
Selepas merasmikan pameran, Baginda meninjau ruang pameran yang menampilkan pelbagai tekstil tradisional dan seni sulaman daripada pempamer seperti Yayasan Tenun Pahang Diraja, Kraftangan Malaysia, Yayasan Tun Jugah, Tanoti House dan Society Atelier Sarawak.
Ekspo Tekstil Antarabangsa dibuka kepada orang ramai di Muzium Budaya Borneo mulai hari ini hingga 3 Mac 2026.
Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back