MIRI – Tiga wanita berusia dalam lingkungan 30-an dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Canada Hill petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima sekitar jam 6.28 petang.
Salah seorang rakan mereka memaklumkan bahawa ketiga-tiga pendaki tersebut masih belum tiba di ‘checkpoint’ keluar dari hutan itu.
Pasukan Bomba kemudiannya bertindak menjejak dan mengiringi mangsa turun ke ‘checkpoint’ pertama.
Ketiga-tiga wanita tersebut dilaporkan selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back