LAWAS - Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebuah mesin cerucuk (drilling rig) di Kampung Peruan, Jalan Long Tuma, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima sekitar jam 4.55 petang.
Setibanya di lokasi, anggota Bomba bertindak mengeluarkan mangsa, Bili Muli, 31 tahun, yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back