LIMBANG – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak pagi semalam di Kampung Merasam Darat, Jalan Meritam, ditemui selamat petang tadi.
Mangsa berusia 70 tahun itu dijumpai oleh penduduk kampung di sebuah pondok berhampiran jalan, kira-kira satu kilometer dari pos kawalan bomba, sekitar jam 3.30 petang.
Menurut maklumat awal, mangsa dilaporkan keluar dari rumah pada jam 7.30 pagi semalam untuk ke kebun durian berhampiran.
Namun, mangsa tidak pulang. Ahli keluarga dan penduduk kampung memulakan usaha mencari, tetapi gagal menemukannya.
Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back