TATAU – Seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam di Simpang RH Kiroh Anak Bali petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.18 petang.
Mangsa dikenali sebagai Daniel Jumau, 23 tahun.
Menurut rakan mangsa, mereka berada di lokasi ketika mangsa dikatakan mahu mandi di kawasan kolam berhampiran rumah pekerja.
Namun, mangsa tidak ditemui di kawasan mandi tersebut. Hanya tuala dan seliparnya dijumpai di lokasi.
Anggota Bomba yang tiba di tempat kejadian telah melakukan pencarian dengan memasuki kolam sedalam kira-kira lima meter, namun sehingga jam 6 petang, mangsa masih belum ditemui.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan disambung semula esok.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back