KUALA TERENGGANU - Terengganu FC (TFC) memerlukan tenaga import baharu bagi memperkuat pasukan dalam mengharungi baki Liga Malaysia (Liga M) yang masih panjang, iaitu hingga Mei depan.
Ketua jurulatihnya Badrul Afzan Razali berharap beberapa tonggak baharu dapat dibawa masuk oleh pihak pengurusan pada jendela perpindahan kedua pada Januari depan terutama di posisi serangan.
Beliau akan berbincang dengan bahagian teknikal TFC bagi menilai semua aspek keperluan untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan.
TFC ketika ini berada di tangga kelima Liga Super di belakang Selangor FC dengan 15 mata daripada 10 perlawanan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back