COLOMBO - Angka kematian akibat situasi bencana yang dicetuskan oleh Siklon Ditwah di Sri Lanka meningkat kepada 618 orang, manakala 209 lagi masih hilang.
Daerah Kandy merupakan kawasan paling teruk terjejas, merekodkan 232 kematian dan 81 orang hilang.
Ini diikuti oleh daerah Nuwara Eliya dan Badulla yang masing-masing melaporkan 89 dan 83 kematian, manakala sejumlah 63 orang dilaporkan hilang di kedua-dua daerah itu.
Menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC), lebih dua juta penduduk di seluruh negara terjejas akibat cuaca buruk itu, dengan 4,071 rumah musnah sepenuhnya.
Lebih 100,000 individu daripada 29,874 keluarga kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back