NEW DELHI - Seramai 23 orang maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah kelab malam di negeri pelancongan Goa di barat India.
Kejadian itu berlaku pada tengah malam Sabtu di daerah Arpora, menurut Ketua Menteri Goa Pramod Sawant menerusi hantaran di X.
Selepas melawat lokasi kejadian, Sawant berkata beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan.
Kebakaran pada Sabtu itu dilaporkan berpunca daripada letupan silinder, menurut Press Trust of India.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back