BAU - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di Kampung Skio, pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.23 pagi.
Anggota Bomba bertindak menurunkan mangsa dari pokok bersebelahan rumah mangsa namun pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back