KOTA SAMARAHAN - Seorang ibu yang cacat penglihatan, Jariyah Suut, merangkak keluar ke tepi jalan untuk meminta bantuan selepas beberapa hari berada bersama mayat anak perempuannya yang mula mereput di sebuah pondok di Jalan Kampung Telok Sabang.
Memetik portal Utusan Sarawak, Ketua Polis Samarahan, Supt Damataries Lautin sebagai berkata anak wanita itu mengadu sakit dada dan sukar bernafas pada 30 November sebelum meninggal dunia.
Pada 4 Disember, Jariyah merangkak keluar dari pondok yang hanya boleh diakses melalui laluan jalan kaki yang sempit, sebelum ditemui orang awam sekitar jam 6.30 pagi.
Bedah siasat mengesahkan punca kematian ialah aterosklerosis koronari (serangan jantung akibat saluran darah jantung tersumbat).
Sumber: Utusan Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back