KUCHING – Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mampu merintis perjalanan Sarawak ke arah era baharu, melalui pendekatan pengurusan hospitaliti yang berbeza.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak melabur dalam pembangunan infrastruktur bagi menyokong usaha tersebut.
Menurut beliau, ia termasuk pembinaan jalan empat lorong dan jambatan baru dari Kuching ke Damai, agar jaringan perhubungan bertambah baik.
Pendekatan tersebut sekali gus menyaksikan sektor hospitaliti Sarawak terus dipertingkatkan dengan infrastruktur baharu.
Sehubungan itu, SEDC perlu terus memainkan peranan dengan menambah baik kaedah pengurusan hospitaliti dan pelancongan.
Melalui usaha itu, Sarawak dapat memastikan industri pelancongan terus mampan melalui pendekatan dan kerangka baharu.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Korporat SEDC di Kuching, malam ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile
Back