KUCHING - Sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Lorong 2B, Taman Sri Moyan musnah terbakar, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.35 malam.
Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus kereta tersebut dan turut menjejaskan siling di kawasan tempat letak kereta itu.
Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back