KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar, isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta ahli keluarga, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Astana Sarawak hari ini, Tun Wan Junaidi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pemimpin berprinsip, tegas dalam pendirian dan sentiasa lantang menyuarakan pandangan demi kepentingan masyarakat.
Dedikasi dalam melaksanakan amanah dan ketelitian dalam membuat keputusan turut menjadikan Allahyarham tokoh yang dihormati rakan setugas serta masyarakat umum.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back