KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin, telah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada jam 1.46 pagi ini.
Pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar, menerusi satu hantaran di Facebook.
Terdahulu Bung Moktar, 66, dimasukkan ke hospital itu dan menerima lawatan antaranya daripada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 baru-baru ini Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back