SIBU - Kerajaan Sarawak komited dalam memperkasakan pembangunan luar bandar dan menjamin hak rakyat terhadap tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi pelaksanaan berterusan Program Pengukuran Tanah NCR yang dilaksanakan sejak 2010.
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata sehingga 31 Okt lepas, kerajaan negeri menerusi Jabatan Tanah dan Survei berjaya menyukat sebanyak 1.22 juta hektar tanah NCR secara perimeter di seluruh Sarawak.
Katanya, seluas 947,442 hektar daripadanya telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6, Surat Hak Milik Tanah Seskyen 18 Kanun Tanah Negeri dan Cek Pampasan Tanah Bahagian Sibu di Dewan Kompleks Islam semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back