KUCHING - Tiga buah rumah teres musnah dalam kebakaran di Everbright Estate,Lorong 2C Jalan Batu Kawa, kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Setiba anggota Bomba di lokasi kejadian, kebakaran sedang marak di rumah pertama dan telah merebak ke dua rumah bersebelahan.
Kebakaran itu telah mengakibatkan sebuah rumah terbakar 100 peratus manakala dua lagi rumah musnah sebahagian.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Punca dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan pihak Bomba.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back