KUCHING - Seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai Wharf Depan Wisma Mahmud, Jalan Black Smith, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.19 petang.
Anggota Bomba bertindak masuk ke dalam sungai dan memasang Personal Flotation Devices (PFD) pada mangsa lalu menaikkan mangsa menggunakan tali menyelamat.
Mangsa berusia 57 tahun kemudian diserahkan kepada anggota Unit EMRS untuk pemeriksaan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back