SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, menyambut baik keputusan Malaysia untuk meluluskan secara rasmi cadangan Singapura membuka konsulat di Sabah dan Sarawak, sambil menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas Pemukiman Pemimpin Tahunan Ke-12 di Singapura semalam.
Perkara itu pertama kali dibangkitkan pada pemukiman pemimpin di Putrajaya, Januari lalu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back