KUCHING – Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tabuan Hilir, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, sebuah rumah musnah sepenuhnya, manakala dua lagi rumah terbakar hampir 80 peratus.
Pasukan bomba turut berjaya menghalang api daripada merebak ke dua rumah berhampiran yang hanya mengalami kerosakan ringan.
Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back